Sazali Samad

SIAPA SAZALI SAMAD?

JUARA DUNIA MR UNVERSE ( 10 KEJUARAAN )

SAZALI SAMAD

Berusaha Tanpa Mengalah Untuk Capai Apa Yang diimpikan.

Anak jati Batu Pahat, Johor yang dilahirkan pada 8 Ogos 1967. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Limpoon 2, Batu Pahat dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat, Johor. Pada peringkat awalnya cenderung dengan sukan sepak takraw, dan pernah mewakili sekolah dan Daerah Batu Pahat dalam sukan tersebut. Namun semua berubah kepada sukan bina badan setelah melihat kejayaan jaguh bina badan negara ketika itu Datuk Malek Noor yang pada ketika itu mengungguli peringkat Asia. Bermula ketika itulah beliau menyimpan azam untuk menjadi jaguh bina badan.

Detik permulaan beliau berkecimpung dalam dunia bina badan ketika berkhidmat dengan Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1987 yang peringkat awal telah mendaftar sebagai ahli Kelab Gimnasium Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman kerana minat dan cita-cita beliau ingin menjadi seorang ahli bina badan dibawah bimbangan dan tunjuk ajar ASP Roslan bin Ahmad.

Kesungguhan dan displin yang ditonjolkan beliau telah menarik perhatian ASP Roslan yang juga dalam diam dapat mengesan bakat yang dimiliki. ASP Roslan telah mempelawa beliau menyertai pasukan polis.

Pada tanggal 2 Mei 1992, beliau menyertai pasukan polis melalui pengambilan Konstabel Tambahan (K/T), dinaikkan pangkat kepada Koperal/T pada 1 Januari 2001, Sarjan/T pada 1 April 2007, Sarjan Mejar/S pada 10 November 2010 dan Sub Inspektor/S pada 26 November 2010. Semenjak beliau memasuki bidang kepolisan, secara keseluruhan beliau ditugaskan di Majlis Sukan PDRM dengan memegang pelbagai jawatan.

JUARA DUNIA

10 KALI

SAZALI SAMAD merupakan satu nama besar dalam arena bina badan dunia. Pernah merangkul 10 kali JUARA DUNIA (Mr. Universe –  2000, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 & 2014). Juga merangkul beberapa lagi anugerah yang berprestij, seperti MR. ASIA (9 kali),  MR. ASEAN (1 kali), MR. SEA (4 kali), MR. MALAYSIA (12 kali).

Beliau juga dianugerahkan sebagai OLAHRAGAWAN NEGARA sebanyak 4 kali dan beberapa anugerah kejohanan yang disertai.

Bagi menghargai kejayaan beliau mengharumkan nama negara, beberapa darjah kebesaran turut dianugerahkan seperti :-
1. AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N) – 2001
2. BENTARA PASUKAN POLIS (B.P.P) – 2004
3. KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.) – 2006
4. BINTANG CEMERLANG MELAKA (B.C.M) – 2011
5. JOHAN MANGKU WILAYAH – 2013

 

Rekod KEJUARAAN

SAZALI SAMAD

Beliau merekodkan pencapaian yang membanggakan disepanjang karier sebagai ahli bina badan negara.

MR. UNIVERSE (WORLD CHAMPION)
10 X
MR. ASIA
9 X
MR. MALAYSIA
12 X
SUKAN SEA (EMAS)
2 X
OLAHRAGAWAN NEGARA
4 X
MR. SEA
3 X
OLAHRAGAWAN PDRM
12 X
Join Us Sazali Samad Gym 3
sazali samad bodybuilding
Join Us Sazali Samad Gym 2
Sazali Samad 3
Join Us Sazali Samad Gym 1
Sazali Samad 1
error: Content is protected !!